RSS

Wednesday, October 20, 2010

Siput Sedut Masak Lemak Dengan Batang Keladi






siput sedut (potong bahagian ekornye)
cili api (ikut selera anda)
1 inchi kunyit basah
7 biji bawang merah
1 batang serai

2 biji kelapa (ambil santan sahaja)
2 Sudu besar garam (ikut sesedap rasa)
3 keping asam keping
5 batang keladi berserta isi (direndam bersama garam agar hilang gatal)kmudian direbus (jgn terlalu masak)
minyak masak dlm anggaran 10 sudu besar
Cara:
1.Siput hendak lah dipotong bahagian ekornye jgn telalu pendek.
2.Tumbuk kunyit basah dgn sedikit garam,
cili api,halia,bawang merah hingga lumat.Kmudian ketukkan serai.
3.Setelah kesemua bahan tdi telah lumat.Panaskan periuk dgn minyak masak.
4.Masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat tadi,Tumis hingga naik bau.Masukkan serai tadi.Kemudian kacau hingga sebati.Masukkan 2 sudu besar garam, dan 2 keping asam keping.Kacau hingga bahan2 itu sebati.
5.Masukkan siput yg tlh dibersihkan tadi ,masukkan sedikit santan kacau lagi.
6.Kmudian Masukkan kesemua santan kacau hingga santan dan siput masak.
7.Masukkan keladi yg telah direbus tadi.Kacau hingga rata.Setelah itu masukkan batang keladi.
8.Biarkan kuah tadi mendidih dan sedia utk dimakan.

1 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam, eeermmm sedapnya siput sedut masak lemak. Teman tak penah masak kat rumah tp kalau orang jue, beli! Kalau suami ada sah, sah tak masak! Kat blog teman kekadang ada teman buat entry masakan tapi yang merapu jer ler!