RSS

Monday, November 16, 2009

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang
dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control
atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama
pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi
tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia
perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau
umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang
berkenan.
--------------------------------------------------
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak
disetujuinya.
------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada
melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.



Antara sayang, cinta, suka dan minat, di mana aku? Semakin hari semakin keliru.....

Rahsia Lahir Bulan Islam


6 RABIULAWAL 1399 HARI AHAD
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Maksud numerologi nama


<

10 Petanda Dia adalah Jodoh Anda

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

.

Kasih sayang mengikut bulan lahir........


Febuari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

RAHSIA HURUF PADA NAMA

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
> menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
> bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat
> mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan
> kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
> marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
>
> B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
> rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
> penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
> penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
> dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
> tersinggung.
>
> C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang
> menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
> Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan
> selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
> remeh.
>
> D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
> berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya
> itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
> mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu
> bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
>
> E Pandai dan penuh pertimbangan dalam
> menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang
> bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri
> apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
> hati orang lain terluka.
>
> F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah
> dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.
> Tidak setia dan amat berhati-hati bila
> berbelanja.
>
> G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya
> mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
> rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
> bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun..
>
> H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak
> pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
> tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
> berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
>
> I Suka memendam perasaan dan permasalahan.
> Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
> terhadap orang lain. Suka menangis.
>
> J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
> menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
> merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak
> tegas.
>
> K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria
> walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka
> bercerita rahsia sendiri.
>
> L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai
> kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri
> urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
> berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
>
> M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
> dikongkong, mereka akan berontak. Senang
> dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
> berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
>
> N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka
> suka menghulurkan tangan menolong orang lain
> tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
> bersedih hati dan kurang percaya diri.
>
> O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan
> permasalahan serta sukar mempercayai orang
> lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
> dan suka memilih teman.
>
> P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya
> banyak idea dan sangat kretif. Sering
> melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang
> lain. Agak pendendam dan boros.
>
> Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka
> meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras
> kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
>
> R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun
> dengan kerja yang disukai dan
> bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita..
> Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara
> ketika marah.
>
> S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
> Tidak suka pada orang yang suka memungkiri
> janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain
> sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
> meledak-ledak.
>
> T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu
> menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun
> atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
> selain senang gugup, terutama bila bersalah.
>
> U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif
> baginya merugikan orang lain. Tidak tahan
> dengan kritikan dan kurang pandai menyusun
> kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
>
> V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai
> meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
> pandai menguasai orang disekitarnya dengan
> cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
> berterus terang.
>
> W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat
> menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
> ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur,
> tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
> kesabaran dan kelembutan.
>
> X Budi pekertinya halus. Suka melakukan
> pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak
> akan berbaik dengan mereka yang
> menyinggungnya.
>
> Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
> menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
> mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
> mengemukakan pendapat.
>
> Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam
> pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar
> menonjolkan diri.
>

RAHSIA DAHI


Dahi Sempit....
Dahi yang ditumbuhi anak-anak rambut yg akan menampakkan dahinya kelihatan kecil.Sifat mereka suka berdikari dan tak suka bergantung kepada org lain...bagi mereka tak mati hidup sorang-sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dlm apa juga yg mereka lakukan.. Nampak jer dahi 'sempit' tapi jiwa dan semangat tak sempit...Dikatakan mereka yg berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dlm urusan pembelajaran...Sebaliknya entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih... SABAR JER LAAAA....

Sunday, November 15, 2009

Wajah Kartooonnnn


Sambal Petai Ikan Bilis


Hari ni tak p joging tp p pasar pg...almaklum smlm nak p pasar mlm tak dpt..Kena la p pg.klu tunggu ptg takut ujan lak..Dah byk habis barang dapur..Jln2 p pasar beli la barang dapur beli bawang,ikan bilis...Buah oren n lobak merah tak lupa sbb dah jd diet aku setiap hari.Nak beli ikan, udang or tak????? tp minggu dpn dah nak balik kpg.raya haji...tak habis kang..Jln2 lagi nampak ayam potong...belila ayam RM 3.00...so menu minggu ni ayam jer la... ha ha ha ha...
Tp tengah hari ni nak mkn apa...sarapan tak mkn lg ni...He he he tgk org jual petai tanya berapa RM... ok la petai 3 papan RM2.00... lama tak mkn petai.. apa lg aku beli laaa.. skrng nak cari santan lak wat sambal petai..beli santan RM1.00 on d way balik umah..Sampai umah apa lg aku kerjakan la petai aku tu...


Bahan2

Petai (dipotong dgn kulit2 sekali)
Ikan Bilis di goreng terlebih dahulu..
Santan
Sos Tomato
Sos Cili
Minyak
Gula
Garam

Bahan Kisar
Cabai Karing
Bawang Ganal
Bawang Putih
Serai

Cara Mengulahnya
Tumis bahan kisar sampai naik bau...pastu masukkan sos tomato dan sos cili...pastu buh la gula n sedikit garam... biar sebentar..masukkan petai..biar agak2 masak sikit...masukkan santan..masak sampai pecah minyak..pastu akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah dogoreng td..Masak sebentar agar ikan bilis sebati dgn kuah....
Ni habuan tengah hariku.... Sedap lama tak mkn...leh kilau lagi sambal petai aku ni..ha ha ha ha

Bajet nak masa ni cuma
Petai RM 2.00
Santan RM 1.00
Bahan Kisar RM 1.00
Ikan Bilis RM 1.00
Semuanya RM 5.00

MURTABAK MAGGI TOM YAM

Mlm td duk kelaparan kada taho nak makan apa...Dah la ujan handak tulak pasar malam kat belakang taman pun kulir.Lgla kelaparan ujan2 ni ha...Angahnya nak masak apa aiii.. duk YM dgn kwn kat johor....ha ha ha .... Alih-alih jadila la satu resepi murtabak maggi tom yam...

Bahan2 yg ada kat dapur jer la aku bubuh...
Maggi separuh dijelur dulu
Dua biji telur
Sayur Kubis
Bawang (tp mlm td tak buh bawang sbb tak dak bawang kat umah)
Pes Tom Yam
Sotong
Minyak
Garam

Cara mengulahnya...
Pukul telur bersama-sama dgn pes tom yam sampai kembang..buh garam...pukul lg...pastu masukkan sayur dan sotong..akhir sekali masukkan maggi... Minyak dipanaskan...pastu buh la adunan td ke dlm rinjing yg ada minyak.... Siap untuk di mkn.....Kekanyangan aku am...

Saturday, November 14, 2009

KHASIAT BUAH OREN


Buah Oren Kaya vitamin dan mineral antaranya ialah:

1. Vitamin C
i) Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
ii) Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia.
iii) Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.
iv) Mencegah kanser.
v) Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.
vi) Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.

2. Karbohidrat
i) Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.
ii) Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
iii) Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan.

3) Folat
i) Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
ii) Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular

Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik


Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.

RAHSIA EJAAN PADA NAMA



R-anda seorang yg gemar social

I-anda mudah senyum dan boleh buat org lain senyum

A-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu dalam fikiran anda

M-kejayaan mudah datang kepada anda

T-anda ada sikap canggih dan amat canggih

A-anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu dalam fikiran anda

W-anda suka menyendiri

I-anda mudah senyum dan boleh buat org lain senyum

Thursday, November 12, 2009

Maggi Ladna...


Hari ni balik gawian ujan labat lak... kada hingkat nak p pasar mlm dapan umah.. Uyuhan sungguh... dah la pusa kada taho nak buka apaan. Niring dlm peti ais ada sotong,sayur dgn fish cake....
Apa lagi ulah laaaa masak maggi nk bukaan kina...Cara mengulahnya kaini am

Bahan-bahan
Maggi
Kubis
Lobak Merah
Sotong
Bawang Ganal untuk menumis
Fish Cake
Minyak
Air

Bahan Kisar
Cabai karing
Bawang Ganal

Bahan Perencah
Sos Lada Hitam
Sos Tiram
Sos Tomato

Cara mengulahnya:
Tumis Bahan Kisar dgn bawang ganal sampai naik bau... Pastu masukkan sotong dan fish cash...buh ayak..pastu buhla bahan perencah ikut selera masing2..

Tuesday, November 10, 2009

Telor Rebus Masak Kicap


Esok aku nak bawa apa ha...ingat nak masak telor...Search2 kat web tak dak la pula org ulah telor masak kicap..Reka jer laaa resepi... Hentam jer laaaa...tgk esok pg sadap ke tak...

Bahan-bahan
Telor direbus dgn sedikit garam
Kicap Manis
Kicap Masin
Sos Cili
Sos tomato
Bawang putih (habis stok lak)
Halia (ntah ada ker tak dlm peti ais tu)
Asam Kaping
Bawang Ganal
Jintan Manis
Jintan Putih
Kulit Kayu Manis

Bahan Kisar
Cabai Karing
Bawang Ganal

Bahan Hiasan
Bawang Ganal di potong bulat
Cabai Hidup di belah dua (tp tak der laaa...lain kali jer la bubuh)

Nasi Goreng Tom Yam

Hari ni aku mengulah nasi goreng tom yam.. bawaanku ke ofis..main campak2 jer laaa...mula2 ingat nak masak nasi goreng biasa ja... tp terniring pes tom yam apa lg campak jer la...

Bahan-bahan:
Nasi
Kul (kubis)
Kacang Kelisa (kacang botol)
Udang / Sotong
Pes Tom Yam
Sos Cili
Bawang Putih (diketuk dan dihiris)
Bawang Ganal
Minyak
Garam

Bahan Kisar
Cabai Karing
Bawang Ganal

Cara mengulah:
Mula-mula kacak nasi dgn garam....pastu hangatkan rinjing..buh minyak masak...dah panas buh bahan kisar,bawang putih dan bawang ganal...tumis sampai naik bau...pastu masukkan sos cili dan pes tom yam...buh udang atau sotong..biarkan seketika...buh sayur kul,dan kacang kelisa...pastu buh nasi...haru sampai masak...siap untuk dibuh dlm wadah nak bawa p ofis....he he he...lupa nak ambil gambar pg td...dah habis mknla...kekanyangan...

Monday, November 9, 2009

KUE TEOW 151 PHN

BAHAN-BAHAN
Kue Teow
Kucai
Tauge
Udang/Kerang/Sotong
Telur
Bawang Putih (diketuk dan potong kecik2)
Minyak
Air

Bahan Kisar
Cabai Karing
Bawang Ganal

Bahan Perencah
Sos Tomato
Sos Cili
Sos Tiram
Kicap Masin
Kicap Manis
Cuka

Cara mengulahnya:
Panaskan Minyak..masukkan bawang putih..kemudian bahan kisar..pastu masukkan bahan perencah suting persuting...buh banyu sikit...pastu bubuh telur..buh la udang/karang/sotong.. bubuh daun kucai,tauge dan akhir sekali masukkan kue teow...siap untuk di makan

Sunday, November 8, 2009

BIHUN GORENG CAMPAK2

BAHAN-BAHAN
  • Bihun (direndam)
  • Udang/Sotong/Ayam/Daging (apa2 jer la yg ada)
  • Fish Cake/fish ball/tauhu
  • Sawi/Kul (kubis)
  • Minyak
  • Air
Bahan Kisar
  • Cabai Karing
  • Bawang Ganal
Bahan Perencah
  • Sos tiram
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Cuka
  • Kicap Masin
  • Kicap Manis
Cara membuatnya Tumis bahan kisar sampai naik bau...kemudian masukkan bahan perencah...semangkuk air..biar mendidih..masukkan ayam/daging(rebus dulu laa), /udang/sotong.masukkan fishcake/fishball/tauhu... biar seketika... pastu masukkan sayur n bihun.. masak sampai bihun masak... siap hidang.....

MEE KUAH CARAKU

BAHAN-BAHAN
  • Mee
  • Udang / Sotong / Ayam / Daging (apa yg ada dlm peti sejuk jer laa)
  • Sayur Sawi/Kul (kubis)
  • Buah Tomato
  • Fish Cake/Fish Ball/Tauhu
  • Minyak
  • Garam
  • Air

BAHAN A (Dikisar)
  • Cabai Karing + cabai hidup (klu ada)
  • Bawang Ganal
  • Bawang Putih
  • Halia

BAHAN B (Dikisar)
  • Ubi Kentang / Ubi Keledek (yg mana satu la ada kat umah)
  • Kacang Goreng

Bahan Perencah
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kulit Kayu Manis
  • Asam Kaping
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
Cara Membuat
Tumiskan Bahan A hingga naik bau... pastu masukkan Bahan Perencah...masukkan sotong/ayam/daging....masukkan Bahan B dan air..masak sampai mendidih n daging /ayam empuk... ..klu ada udang masukkan udang...sayur2 an , fishcake/fishball/tauhu... lastly masukkan buah tomato, garam
Siap untuk dihidangkan...klu dlm pti sejuk tu ada daun sup dan bawang goreng leh buh untuk hiasan...klu ada tauge pun sedap untuk jd hiasan...hu hu hu sedapnya... bila la aku nak ulah ni!!!!!! Lama dah tak msak mee ni.....

Daging Masak Hitam Karangpot

Bahan-bahan
  • Daging
  • Air
  • Minyak
Bahan Kisar
  • Cabai Karing
  • Sarai
  • Bawang Ganal
  • Belacan
  • Halia
Bahan Perap
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Kulit Kayu Manis
  • Kicap Manis
  • Kicap Masin
  • Serbuk Jintan Manis
  • Serbuk Jintan Putih
  • Atau Serbuk Sup Adabi pun Boleh
  • Asam Keping (1 keping jerrrr)
Bahan Hiasan
  • Bawang Ganal
  • Cabai Hidup

Perapkan daging dgn bahan kisar dan bahanperap.. Perap la berapa lama nak perap..tapi jgn sampai la dua hari lak..
Hangatkan minyak pastu masukkan semua bahan yg diperap... Bila bahan td naik bau...masukkan air.. Masak Daging sampai empuk..buh bawang ganal dihiris bulat2 dan cabai hidup.....siap untuk dihidang...

MEE KARI KAK MUDAH

BAHAN DIKISAR
  • Cabai Karing + Cabai Hidup
  • Bawang Ganal
  • Halia
  • Kunyit Hidup
  • Sarai

Bahan Perencah
  • Udang
  • Sotong
  • Fishball/fishcake
  • Garam
  • Gula

Lain-lain Bahan
  • Santan
Tumis bahan yang dikisar,masukkan santan dan akhir sekali masukkan bahan perencah...

Saturday, November 7, 2009

LAKSA URANG BANJAR


BAHAN UNTUK KUAH......

Bahan Untuk Dikisar

  • Ikan Sardin
  • Ikan Temenung ( Kembung)
Direbus dgn asam kaping dgn sedikit garam..Diasingkan tulang dgn isi lepas tu kisar
Tulangnya jgn dibuang...Leh gak Kisar..

Bahan Menumis
  • Bawang Ganal (besar)
  • Belacan
  • Cabai Karing
  • Cabai Melaka
Bahan Perencah
  • Sarai
  • Asam Gelugur (asam kaping)
  • Daun Senohom (daun Kesum)
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Ajinomoto
Lain-lain Bahan
  • Air
  • Laksa
BAHAN UNTUK HIASAN
  • Timun
  • Daun Selom
  • Bawang Ganal
  • Telok Ayam
Cara Memasak:
Hangatkan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan menumis sampai naik bau..Masukkan sarai , daun senohom dan asam kaping.. Pasto masukkan Ikan yg dah diblen td..bubuh banyu.. agak2 la nk byk mana kuahnya..tunggu sampai mendidih...buh garam dan buh bunga kantan.. bg mendidih....

Ha siapla untuk di hidangkn...buh la bahan hiasan td dgn kuahnya....

Sunday, November 1, 2009

WANITA DAN PUASA


Puasa Sunat, Makruh dan Haram.

Puasa Sunat
  1. Enam hari dalam bulan Syawal (berturut-turut adalah lebih afdal)
  2. Hari Isnin dan Khamis setiap minggu
  3. Hari Asyura pada 10 Muharram. Untuk membezakan dgn ibadah kaum Yahudi disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram (hari Tasu'a) dan 11 Muharram.
  4. 9 Zulhijjah (sempena wukuf di Arafah) bg org yg tidak mengerjakan haji pd thn itu.
  5. Puasa 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah
  6. Puasa 28,29 dan 30 setiap bulan Hijrah
  7. Nisfu Syaaban ( 15 Syaaban)
Puasa Makruh
  1. Puasa hari Jumaat secara berasingan. Cthnya: Tidak didahului oleh puasa hari Khamis atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 hingga 30 syaaban bg bukan qada atau puasa sunat yg tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tibatiba sampai 15,16,17 dan seterusnya ia ingin berpuasa Sunat
  3. Berpuasa Terus sepanjang tahun.
Puasa Haram
  1. 1 Syawal ( Aidilfitri)
  2. 10 Zulhijjah (Aidiladha)
  3. Hari Tasyriq 11,12 dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Syak antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan.
  5. Puasa sunat tanpa izin suami
  6. Puasa sunat dgn menolak permintaan kehendak syahwat suami
  7. Puasa ketika haid dan nifas
Kelebihan Berpuasa Dari segi Kesihatan

Perut ialah rumah segala penyakit dan berpuasa ialah kepala segala ubat. Oleh itu biasakan berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan. Sebaik-baiknya berpuasa sunat 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.


Sumber : Hadiah Buat Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita oleh Siti Nor Bahyah Mahamood / Ida Ezyani Othman m/s77

Khasiat Berjalan Laju


Sembilan manfaat berjalan Laju iaitu:

  • Berat badan stabil

    Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

  • Menurunkan berat badan

    Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

  • Risiko elak serangan jantung

    Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

    Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

  • Angin ahmar atau strok

    Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

  • Mencegah kencing manis

    Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

    Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

  • Mencegah osteoporosis

    Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

  • Meredakan sakit lutut

    Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

    Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

  • Tekanan

    Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

  • Kanser

    Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

    Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

  • Gerakkan lengan ketika berjalan

  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


  • Sumber: Berita Harian Oleh Siti Nur Almizan Aripin

    Tuesday, October 27, 2009

    SASAT?????

    Anda sasat? Apa yg perlu anda ulah bila sesat??
    Ha niring urang dlm gambar to.... Duk niring2 mana la ako kat dlm hutan ni... Mcm mana la handak balikan ni....
    Kesian kat urang tu...

    Melangkahlah macam mana sekalipun, yg penting setiap yg melangkah pasti sampai ke matlamat.

    Biar Makin byk berjalan, makin byk pengalaman, Jgn hanya berjalan, makin keliru dan tak tahu.

    Wednesday, October 21, 2009

    LOBAK MERAH



    Kaya dgn protein, karbohidrat, kalium, natrium, kalsium dan vitamin A,B,C,D,F,G dan K.
    Kadar alkalinya lebih tinggi. Mengandungi iodin dalam kadar yg sedikit.


    KHASIAT LOBAK MERAH
    1. Amat baik untuk gigi

    2. Mengatasi keletihan
    3. Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
    4. Menjaga sistem saraf
    5. Awet Muda
    6. Mencerahkan Mata
    7. Mencerdaskan akal
    8. Mencegah serangan barah
    9. Membaikkan hati dan membasmi kelupaan
    ( Menurut Imam al-Sya'rani dlm Mukhtasar Tazkirah al-Imam al-Suyuti)


    Cara minum:
    1. Minum segelas air lobak merah setiap hari
    2. Jika dimkn berlebihan terutama kanak-kanak boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakan.
    Sumber: Rahsia Minda Hebat oleh Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood dan Haji Muhammad Zakaria m/s76

    Aku dah narai mengulah. minom banyunya.. kada ngantokkan,kada uyuhan masa ulah gawian....he he yg bestnya urg niring anom jer...

    Thursday, August 27, 2009

    Tekanan




    Tekanan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Tekanan berlaku apabila berlaku tindakbalas kimia yang menolak dari penerimaan sesuatu situasi dan keadaan sekeliling. Jika tindakbalas negatif berpanjangan tanpa usaha untuk mengawal situasi tersebut, individu bakal berhadapan dengan masalah lebih besar memandangkan tekanan boleh membunuh secara senyap.Tidak kiralah sama ada di rumah mahu pun di tempat kerja atau dimana-mana sahaja boleh menjadi punca berlakunya tekanan!
    Tekanan boleh melemahkan sistem imunisasi dan jika berterusan menyebabkan sistem dalam tubuh manusia lemah dan bakal berhadapan pelbagai jenis penyakit.



    Tekanan Itu Ujian Allah s.w.t

    Surah Al-Baqarah(2):155


    Firman Allah yang bermaksud:
    “Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.


    Hadis…….
    “ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

    Sunday, August 9, 2009

    Partime gawian...



    Dah lama kada karang blog ni... Mana daknya duk begawi sampai ke mlm....kada sawat handak niring blog... nak raya2 ni kanala cari duit labih.. ulah wadai almond london..he he he he...
    Dah la anak buah ramai..tuhok nak bagi duit raya...
    raya ni dahla bertambah jd sepuloh urang... he he he

    Monday, July 27, 2009

    Pisang Oh Pisang



    Suahkah niring pisang kaini.... Ako baru jer niring pisang ni....Rasa-rasanya ada berapa biji pisang setandan ni.. sapa taho nangkaran pisang ni..

    Versi Bahasa Melayu:

    Pernahkah lihat pisang macam ni.. Aku baru jer tengok pisang ni.... Rasa-rasanya ada berapa biji pisang setandan ni.. Siapa tahu nama pisang pisang ni..

    Thursday, July 23, 2009

    Bukit Tinggi, Indonesia



    Pemandangan dari Lobang Japang, Indonesia....


    Subhallah Parunanya ciptaan Allah.. Tapi kita sebagai hambaNya sering terlupa padaNya...Merakaikan ciptaanNya...Kada mensyukuri akan NikmatNya...Ulah dosa dan maksiat... Astagfirlallahal Azim...Bertaubatla...



    Tuesday, July 21, 2009

    Makanang dan Minumang Kegemarang ku




    Sebelah ni laksa.. beganangan handak makan Laksa Penang Speacial Seafood di Kuala Ganu.. Tapi dah habissss... Hu hu hu hu.
    Kalau nginum banyu ni sadap... Banyu avocada... anum jer minum banyu ni... ni minuman kat Pekan Baru Riau..

    Ban Pecah

    Niring anak menakan ko duk atas batu Ban Pecah... Ban Pecah ni ada caritanya.. Kisahnya tanah anak yatim diambil dgn bapak sedaranya.. Anak Yatim ni nyumpahi tak akan halalkan tanah bandang yang diambil to.. Lalu tanah bandang ni bibanjiri dgn ayak laut..Bila ayak surut kita leh niring 7 pintu ayak yang tanggalam...

    Monday, July 20, 2009

    Nak Mamai pasal Gawian paan




    Ako hanyar sampai Ganu ni
    Isok nak begawian... Nyambat pasal gawi ni... Hulu-hulu gawian ngani ayah dgn uma bebandang..
    Jangan duk nyambat ako ni taho main ja.. Urang pun begawi gak..Masa to umur kada sampai
    12 tahun lagi..Dah kana tulak bandang..
    Nyambat nak ulah apaan..Lapas ayah menajak ..ganie uma melonggok,menarik, meramu, narik longgokan atas batas... pasal pacat to kada heran la.. lapas bandang tarang... apa lagi beudak laa..syok ooo beudak.. main beranang lagi dalam bandang..banyu nya jaranih. berombak macam laut bila kana tiup angin..Masa to pakai seluar katok ja... ha ha ha malunya ako..
    Time to anak ikan haruan banyak.. apa lagi menangguk la anak ikan haruan..warna merah ja anak ikan.. sapa kada suah niring gerenti geli punya... apa lagi bulik umah uma ulah pais ikan atau goreng pon sodap..

    Time mengarat.. ako duk umpat gak.. dapat upah mengarat. sehari tu dapatla sepuloh ringgit..duit tu simpan laaa.. wat belanja...

    Sunday, July 19, 2009

    Nak p ganu kita

    Esok nak p ganu...barang belum habis packing lagi... tapi nak tulis dulu la blog ako ni...

    Zaman bahari nak jalan jauh2 pun kada hingkat..
    duduk la dalam parit jer...niring pokok,niring bandang, niring jalan simen, pastu ganti dgn tanah merah...handak tulak parit buntaq pun payah.. macam katak bawah tempurung...

    kalau tulak parit buntaq naik bas araian jaaa..apa lagi kalau naik kereta urang..macam urang jakun jer... mcm rusa masuk kampung..halam parit buntaq halui jer..yang ako taho ada supermarket minat jer kat belakang stesen bas...kalo tulak parit buntaq tu makan mee mamak walaupun tampat tu igat dengan ratik.pastu licak lak tu..hitam jer licak tu. kana minyak hitam bas....almaklum halam MDK kada macam lani.. tapi sadap oooo makan.. lani payah nak tahaga..

    Masa halui duk berangan nak tulak jauh2 la.. Kada handak duk kampung... Masa sakolah randah..ngaji kat balakang kampung jer... zaman sakolah cikgu kada bagi ikut jalan raya nak p sakolah.. jalan la balakang sakolah..sapa jalan raya kana la dgn pengawas sakolah..hu hu hu hu
    jalan tanah merah..naik basikal...kalo ujan bawa la payung...sampai sakolah habis basahan..awan kasot panoh dgn licak....merah la jadinya kasot...hu hu hu hu...

    Sakolah managah baru laaa dapat p parit buntaq....hari2 naik bas sekolah.....dapatla selalu niring parit buntaq...

    Lapas sakolah managah...araian sungguh dapat masuk u...baru laa dapat duk jauh... tu pun jauh nun kat utara sana ...negeri kayangan..duk 5 tahun kat sana...ambik habuan....ha ha ha ha

    Lani ako dah pun duk jauh dari kampung...dapat tulak seluruh malaysia...dapat gak p indon sana....tercapai gak angan2 masa halui harito..

    Walau jauh macam mana pun.. ako ganangan kat kampung...tambah2 terganang zaman bahari...

    Saturday, July 18, 2009

    Nak Masak Apa


    Hari ni Sabtu...Dah nak dekat tangah hari... nak masak apa ntah... dalam peti sejuk kada ada apaan.. yang ada col dgn talok jer laaa... pastu ada cabai blender... ako masak karangpot jer laa.. masak sambal talok.. sadap gak tu makan dgn nasi....

    halam masak nasi guna dapur kayu...tuhok la cari sabut, geragai nyior, pelapah nyior, ,wat kayu ape.daun nyior kada ada kelaras pisang pun jd mangsa wat cucuh ape,, Masa masak habis laa satu rumah berasap... lani urang nyambat umah terbakar jer.. Ayah ko ni pandai sikit di ulahnya atap boleh buka tutop... kalo nak masak tuhok la tarik atap tu dgn tali... kadang2 kada larat gak nak tarik.. mula la nyaro uma..."umak kada hingkat nak tutop ni"...datang la uma nak nutopkan..."nyaman jer nutop"nyambat uma.. kadang2 tu tuhok gak la uma nak tutop...apa lagi uma nyaro la ayah suruh tutup.... he he he......

    halam musim ujan tuhok nak masak .. kayo,sabut,geragai semuannya la basah...tambah2 kayo, daun nyior karing besusun atas damparan pun ujan.tuhok nak masak.. nasib baik aku idup sampai ganal kaini.. huhu...hu hu hu...

    masak kat dapur ni kada hingkat ningallin. kalau ninggal mahonya terbakar satu rumah..nasi pun hangit....ha ha ha...

    ha...lepas makan apa lagi.... basuh la pinggan kat peciren...halam urang angkat banyuk ni dari parit kat dapan rumah... tp ayah ko ni ulah pam banyuk kat umah..urang lain kada ada lagi ayah ko dah ulah... kira advance lagi laaaa ayah ko ni... nak pam banyuk ni bukan main susah lagi...halam ako halui lagi tuhok gak la nak pam ayak... gantian dengan kaka ko..panat oooo.tuhok gak nak panoh kat satu guri tu....kalau kulir nak pam kana la dgn umak dgn kayo.... sakit oooo...

    Friday, July 17, 2009

    Bahari kala




    Ingat aku bahari kala. main ladangan, main tuju kasut, main guli, main gatah..mengunjun laa... kada kirala lakian ka bebini ka.. main sekali jaaa..main dalam bandang la.yang syoknya menangguk anak ikan haruan dalam bendang. habis belumuih..habis baju igat... lepas to apa lagi kada ingatan sampai ketangah harian.. tangah hari mula la umak megamok nyaro balik....KADA TAHO NAK BALIK KA.. MAIN JER TAHONYA..BALIK MAKAN!!!!!.Ha ha ha.. tapi kadang2 ulah kada taho jer umak nyaro... mula la umak bawa kayo nak menghambat.. apa lagi larian la masuk dalam umah .. kadang2 to takana gak kayo umak tu adui sakit ho...
    Lani bila ako balik kampong kada ada dah kanakkan nak main mcm ako harito.. semuan main handphone jer.. contohnya yang paling dekat adingku sendiri.. balik asrama jaa main komputer.. main handphone... anak menakan pon kaito... kada nak main dah tangah hangatan, nak berigatan mcm ako harito..Jangan harap laaa...
    Mcm tu la peredaran zaman.. rasanya urang banjar zaman sekarang pun kada taho nak bersurah banjar... apa la nasib anak zaman sekarang... Manja berlebih... Nak apa pun dapat.. Nak tak nak kena rotan,, dapat..kalau tak jadi kes dera....