RSS

Sunday, November 8, 2009

BIHUN GORENG CAMPAK2

BAHAN-BAHAN
  • Bihun (direndam)
  • Udang/Sotong/Ayam/Daging (apa2 jer la yg ada)
  • Fish Cake/fish ball/tauhu
  • Sawi/Kul (kubis)
  • Minyak
  • Air
Bahan Kisar
  • Cabai Karing
  • Bawang Ganal
Bahan Perencah
  • Sos tiram
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Cuka
  • Kicap Masin
  • Kicap Manis
Cara membuatnya Tumis bahan kisar sampai naik bau...kemudian masukkan bahan perencah...semangkuk air..biar mendidih..masukkan ayam/daging(rebus dulu laa), /udang/sotong.masukkan fishcake/fishball/tauhu... biar seketika... pastu masukkan sayur n bihun.. masak sampai bihun masak... siap hidang.....

MEE KUAH CARAKU

BAHAN-BAHAN
  • Mee
  • Udang / Sotong / Ayam / Daging (apa yg ada dlm peti sejuk jer laa)
  • Sayur Sawi/Kul (kubis)
  • Buah Tomato
  • Fish Cake/Fish Ball/Tauhu
  • Minyak
  • Garam
  • Air

BAHAN A (Dikisar)
  • Cabai Karing + cabai hidup (klu ada)
  • Bawang Ganal
  • Bawang Putih
  • Halia

BAHAN B (Dikisar)
  • Ubi Kentang / Ubi Keledek (yg mana satu la ada kat umah)
  • Kacang Goreng

Bahan Perencah
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kulit Kayu Manis
  • Asam Kaping
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
Cara Membuat
Tumiskan Bahan A hingga naik bau... pastu masukkan Bahan Perencah...masukkan sotong/ayam/daging....masukkan Bahan B dan air..masak sampai mendidih n daging /ayam empuk... ..klu ada udang masukkan udang...sayur2 an , fishcake/fishball/tauhu... lastly masukkan buah tomato, garam
Siap untuk dihidangkan...klu dlm pti sejuk tu ada daun sup dan bawang goreng leh buh untuk hiasan...klu ada tauge pun sedap untuk jd hiasan...hu hu hu sedapnya... bila la aku nak ulah ni!!!!!! Lama dah tak msak mee ni.....

Daging Masak Hitam Karangpot

Bahan-bahan
  • Daging
  • Air
  • Minyak
Bahan Kisar
  • Cabai Karing
  • Sarai
  • Bawang Ganal
  • Belacan
  • Halia
Bahan Perap
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Kulit Kayu Manis
  • Kicap Manis
  • Kicap Masin
  • Serbuk Jintan Manis
  • Serbuk Jintan Putih
  • Atau Serbuk Sup Adabi pun Boleh
  • Asam Keping (1 keping jerrrr)
Bahan Hiasan
  • Bawang Ganal
  • Cabai Hidup

Perapkan daging dgn bahan kisar dan bahanperap.. Perap la berapa lama nak perap..tapi jgn sampai la dua hari lak..
Hangatkan minyak pastu masukkan semua bahan yg diperap... Bila bahan td naik bau...masukkan air.. Masak Daging sampai empuk..buh bawang ganal dihiris bulat2 dan cabai hidup.....siap untuk dihidang...

MEE KARI KAK MUDAH

BAHAN DIKISAR
  • Cabai Karing + Cabai Hidup
  • Bawang Ganal
  • Halia
  • Kunyit Hidup
  • Sarai

Bahan Perencah
  • Udang
  • Sotong
  • Fishball/fishcake
  • Garam
  • Gula

Lain-lain Bahan
  • Santan
Tumis bahan yang dikisar,masukkan santan dan akhir sekali masukkan bahan perencah...

Saturday, November 7, 2009

LAKSA URANG BANJAR


BAHAN UNTUK KUAH......

Bahan Untuk Dikisar

  • Ikan Sardin
  • Ikan Temenung ( Kembung)
Direbus dgn asam kaping dgn sedikit garam..Diasingkan tulang dgn isi lepas tu kisar
Tulangnya jgn dibuang...Leh gak Kisar..

Bahan Menumis
  • Bawang Ganal (besar)
  • Belacan
  • Cabai Karing
  • Cabai Melaka
Bahan Perencah
  • Sarai
  • Asam Gelugur (asam kaping)
  • Daun Senohom (daun Kesum)
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Ajinomoto
Lain-lain Bahan
  • Air
  • Laksa
BAHAN UNTUK HIASAN
  • Timun
  • Daun Selom
  • Bawang Ganal
  • Telok Ayam
Cara Memasak:
Hangatkan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan menumis sampai naik bau..Masukkan sarai , daun senohom dan asam kaping.. Pasto masukkan Ikan yg dah diblen td..bubuh banyu.. agak2 la nk byk mana kuahnya..tunggu sampai mendidih...buh garam dan buh bunga kantan.. bg mendidih....

Ha siapla untuk di hidangkn...buh la bahan hiasan td dgn kuahnya....

Sunday, November 1, 2009

WANITA DAN PUASA


Puasa Sunat, Makruh dan Haram.

Puasa Sunat
  1. Enam hari dalam bulan Syawal (berturut-turut adalah lebih afdal)
  2. Hari Isnin dan Khamis setiap minggu
  3. Hari Asyura pada 10 Muharram. Untuk membezakan dgn ibadah kaum Yahudi disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram (hari Tasu'a) dan 11 Muharram.
  4. 9 Zulhijjah (sempena wukuf di Arafah) bg org yg tidak mengerjakan haji pd thn itu.
  5. Puasa 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah
  6. Puasa 28,29 dan 30 setiap bulan Hijrah
  7. Nisfu Syaaban ( 15 Syaaban)
Puasa Makruh
  1. Puasa hari Jumaat secara berasingan. Cthnya: Tidak didahului oleh puasa hari Khamis atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 hingga 30 syaaban bg bukan qada atau puasa sunat yg tidak pernah dilakukan sebelum 15 Syaaban tibatiba sampai 15,16,17 dan seterusnya ia ingin berpuasa Sunat
  3. Berpuasa Terus sepanjang tahun.
Puasa Haram
  1. 1 Syawal ( Aidilfitri)
  2. 10 Zulhijjah (Aidiladha)
  3. Hari Tasyriq 11,12 dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Syak antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan.
  5. Puasa sunat tanpa izin suami
  6. Puasa sunat dgn menolak permintaan kehendak syahwat suami
  7. Puasa ketika haid dan nifas
Kelebihan Berpuasa Dari segi Kesihatan

Perut ialah rumah segala penyakit dan berpuasa ialah kepala segala ubat. Oleh itu biasakan berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan. Sebaik-baiknya berpuasa sunat 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.


Sumber : Hadiah Buat Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita oleh Siti Nor Bahyah Mahamood / Ida Ezyani Othman m/s77

Khasiat Berjalan Laju


Sembilan manfaat berjalan Laju iaitu:

  • Berat badan stabil

    Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

  • Menurunkan berat badan

    Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

  • Risiko elak serangan jantung

    Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

    Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

  • Angin ahmar atau strok

    Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

  • Mencegah kencing manis

    Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

    Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

  • Mencegah osteoporosis

    Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

  • Meredakan sakit lutut

    Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

    Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

  • Tekanan

    Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

  • Kanser

    Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

    Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

  • Gerakkan lengan ketika berjalan

  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


  • Sumber: Berita Harian Oleh Siti Nur Almizan Aripin