RSS

Monday, November 16, 2009

RAHSIA HURUF PADA NAMA

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
> menyesuaikan diri dalam pergaulan selain
> bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat
> mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan
> kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
> marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
>
> B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang
> rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
> penampilannya. Mereka juga sangat setia dan
> penyabar, yang menjadikannya amat disenangi
> dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah
> tersinggung.
>
> C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang
> menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
> Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan
> selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah
> remeh.
>
> D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan,
> berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya
> itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
> mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu
> bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
>
> E Pandai dan penuh pertimbangan dalam
> menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang
> bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri
> apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan
> hati orang lain terluka.
>
> F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah
> dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan.
> Tidak setia dan amat berhati-hati bila
> berbelanja.
>
> G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya
> mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika
> rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
> bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun..
>
> H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak
> pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
> tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka
> berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
>
> I Suka memendam perasaan dan permasalahan.
> Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu
> terhadap orang lain. Suka menangis.
>
> J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
> menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah
> merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak
> tegas.
>
> K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria
> walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka
> bercerita rahsia sendiri.
>
> L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai
> kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri
> urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
> berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.
>
> M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
> dikongkong, mereka akan berontak. Senang
> dijadikan sahabat, kerana mereka tidak
> berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
>
> N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka
> suka menghulurkan tangan menolong orang lain
> tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah
> bersedih hati dan kurang percaya diri.
>
> O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan
> permasalahan serta sukar mempercayai orang
> lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
> dan suka memilih teman.
>
> P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya
> banyak idea dan sangat kretif. Sering
> melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang
> lain. Agak pendendam dan boros.
>
> Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka
> meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras
> kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
>
> R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun
> dengan kerja yang disukai dan
> bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita..
> Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara
> ketika marah.
>
> S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
> Tidak suka pada orang yang suka memungkiri
> janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain
> sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya
> meledak-ledak.
>
> T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu
> menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun
> atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri
> selain senang gugup, terutama bila bersalah.
>
> U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif
> baginya merugikan orang lain. Tidak tahan
> dengan kritikan dan kurang pandai menyusun
> kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
>
> V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai
> meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga
> pandai menguasai orang disekitarnya dengan
> cerita-cerita yang memikat. Tidak suka
> berterus terang.
>
> W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat
> menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
> ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur,
> tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan
> kesabaran dan kelembutan.
>
> X Budi pekertinya halus. Suka melakukan
> pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak
> akan berbaik dengan mereka yang
> menyinggungnya.
>
> Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
> menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
> mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani
> mengemukakan pendapat.
>
> Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam
> pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar
> menonjolkan diri.
>

0 comments: